KUCHING, 4 November 2026 - Premier Sarawak merangkap Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PBB di Ibu Pejabat Parti PBB, Jalan Bako.
Premier yang tiba kira-kira jam 2.40 petang disambut dua Timbalan Yang di-Pertua PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Mesyuarat berkenaan antara lain membincangkan persiapan parti serta kesiapsiagaan jentera PBB dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 yang akan datang.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada penyelarasan gerak kerja dan persiapan organisasi parti bagi memastikan jentera PBB berada dalam keadaan bersedia menjelang pilihan raya berkenaan.